-
Perkhidmatan pengiklanan kami berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”.
-
Jangkamasa setiap pengiklanan adalah minimum 5 hari.
-
Kesemua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan walau apa jua keadaan.
-
MalaysiaHarmoni.com berhak menolak sesebuah pengiklanan itu dengan apa jua sebab.
-
MalaysiaHarmoni.com berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak anda melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.
-
MalaysiaHarmoni.com berhak meminda dan mengubah syarat yang ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
-
Setiap kontrak iklan yang telah tamat, anda berhak untuk menyambung atau menamatkan pengiklanan anda dengan MalaysiaHarmoni.com.
-
Pengiklanan yang dipamerkan akan mengikut format MalaysiaHarmoni.com berdasarkan ruang iklan yang telah dipersetujui.
-
Pihak MalaysiaHarmoni.com akan mengeluarkan iklan anda selepas kontrak pengiklanan anda tamat. MalaysiaHarmoni.com akan beranggapan bahawa pihak anda sudah tidak berminat untuk menyambung kontrak pengiklanan anda bersama kami jika tiada sebarang bayaran tambahan diterima untuk menyambung tempoh iklan.
-
Pengiklanan anda akan dipamerkan dalam masa sehari hingga 5 hari waktu bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) setelah pihak MalaysiaHarmoni.com menerima bayaran penuh dari pihak anda. Tertakluk kepada kelapangan masa pihak administrator. Diharap pengiklan bersabar menunggu giliran untuk iklan anda disiarkan.
-
Pihak MalaysiaHarmoni.com memberi peluang untuk anda menggunakan material pengiklanan (banner) anda sendiri mengikut saiz yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pihak MalaysiaHarmoni.com turut menyediakan perkhidmatan merekabentuk pengiklanan anda mengikut material yang anda sediakan untuk kami dan perkhidmatan ini akan dikenakan caj tambahan, bergantung kepada kerumitan yang kami alami untuk menyediakan banner dan sebagainya. Untuk banner biasa mengikut format MalaysiaHarmoni.com, kami tidak mengenakan sebarang caj.
-
Anda boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
-
Pembayaran hendaklah dibuat dalam masa 7 hari selepas persetujuan draf kontrak pengiklanan.